Biografi Imam Malik
Nama Beliau adalah Abu abdullah Malik
bin Anas bin Malik bin Abi Amirbin Amr bin al-Haris bin Ghaiman bin Jutsail
binAmr bin al-Haris Dzi Ashbah. Imam malik dilahirkan di Madinah al Munawwaroh. sedangkan mengenai masalah
tahun kelahiranya terdapat perbedaaan riwayat. al-Yafii
dalam kitabnya Thabaqat fuqoha meriwayatkan bahwa imam malik dilahirkan pada 94
H. ibn Khalikan dan yang lain berpendapat bahawa Imam Malik dilahirkan pada 95
H. sedangkan. imam al-Dzahabi meriwayatkan imam malik dilahirkan 90 H. Imam
yahya bin bakir meriwayatkan bahwa ia mendengar malik berkata :"aku
dilahirkan pada 93 H". dan inilah riwayat yang paling benar (menurut
al-Sam'ani dan ibn farhun)[3].
Ia menyusun kitab Al
Muwaththa', dan dalam penyusunannya ia menghabiskan waktu 40 tahun,
selama waktu itu, ia menunjukan kepada 70 ahli fiqh Madinah.
Kitab tersebut menghimpun 100.000
hadits, dan yang meriwayatkan Al
Muwaththa’ lebih dari seribu orang, karena itu naskahnya berbeda
beda dan seluruhnya berjumlah 30 naskah, tetapi yang terkenal hanya 20 buah.
Dan yang paling masyur adalah riwayat dari Yahya bin Yahyah al Laitsi al
Andalusi al Mashmudi.
Sejumlah ‘Ulama berpendapat bahwa
sumber sumber hadits itu ada tujuh, yaitu Al Kutub as Sittah ditambah Al
Muwaththa’. Ada pula ulama yang menetapkan Sunan ad Darimi sebagai ganti Al
Muwaththa’. Ketika melukiskan kitab besar ini, Ibn Hazm
berkata,” Al
Muwaththa’ adalah kitab tentang fiqh
dan hadits, aku belum mnegetahui bandingannya.
Hadits-hadits yang terdapat dalam Al
Muwaththa’ tidak semuanya Musnad,
ada yang Mursal,
mu’dlal
dan munqathi.
Sebagian ‘Ulama
menghitungnya berjumlah 600 hadits musnad, 222 hadits mursal, 613 hadits
mauquf, 285 perkataan tabi’in, disamping itu ada 61 hadits tanpa penyandara,
hanya dikatakan telah sampai kepadaku” dan “ dari orang kepercayaan”, tetapi
hadits hadits tersebut bersanad dari jalur jalur lain yang bukan jalur dari Imam Malik sendiri, karena itu Ibn Abdil Bar an Namiri menentang penyusunan
kitab yang berusaha memuttashilkan hadits hadits mursal , munqathi’ dan mu’dhal
yang terdapat dalam Al
Muwaththa’ Malik.
Imam Malik menerima hadits dari 900 orang (guru),
300 dari golongan Tabi’in
dan 600 dari tabi’in tabi’in, ia meriwayatkan hadits bersumber dari Nu’main al
Mujmir, Zaib bin Aslam, Nafi’, Syarik bin Abdullah, az Zuhry, Abi az Ziyad,
Sa’id al Maqburi dan Humaid ath Thawil, muridnya yang paling akhir adalah
Hudzafah as Sahmi al Anshari.
Adapun yang meriwayatkan darinya
adalah banyak sekali diantaranya ada yang lebih tua darinya seperti az Zuhry
dan Yahya bin Sa’id. Ada yang sebaya seperti al Auza’i.,
Ats Tsauri, Sufyan bin Uyainah, Al
Laits bin Sa’ad, Ibnu Juraij dan Syu’bah bin Hajjaj. Adapula yang
belajar darinya seperti Asy Safi’i, Ibnu Wahb, Ibnu Mahdi, al Qaththan
dan Abi Ishaq.
Malik bin Anas menyusun kompilasi hadits dan ucapan para sahabat dalam buku yang terkenal hingga kini, Al Muwatta.
Di antara guru beliau adalah Nafi’
bin Abi Nu’aim, Nafi’
al Muqbiri, Na’imul
Majmar, Az Zuhri,
Amir bin Abdullah bin Az Zubair, Ibnul
Munkadir, Abdullah
bin Dinar, dan lain-lain.
Di antara murid beliau adalah Ibnul
Mubarak, Al
Qoththon, Ibnu Mahdi,
Ibnu Wahb,
Ibnu Qosim,
Al Qo’nabi,
Abdullah
bin Yusuf, Sa’id
bin Manshur, Yahya bin Yahya al Andalusi, Yahya
bin Bakir, Qutaibah
Abu Mush’ab, Al Auza’i,
Sufyan
Ats Tsaury, Sufyan
bin Uyainah, Imam
Syafi’i, Abu
Hudzafah as Sahmi, Az Aubairi,
dan lain-lain.
Pujian
Ulama untuk Imam Malik
An Nasa’i
berkata,” Tidak ada yang saya lihat orang yang pintar, mulia dan jujur,
tepercaya periwayatan haditsnya melebihi Malik, kami tidak tahu dia ada
meriwayatkan hadits dari rawi matruk, kecuali Abdul Karim”.
(Ket: Abdul Karim bin Abi al
Mukharif al Basri yang menetap di Makkah, karena tidak senegeri dengan Malik,
keadaanya tidak banyak diketahui, Malik hanya sedikit mentahrijkan haditsnya
tentang keutamaan amal atau menambah pada matan).
Sedangkan Ibnu Hayyan berkata,”
Malik adalah orang yang pertama menyeleksi para tokoh ahli fiqh di Madinah,
dengan fiqh, agama dan keutamaan ibadah”.
Imam as-Syafi'i
berkata : "Imam Malik adalah Hujjatullah atas makhluk-Nya setelah
para Tabi'in ".
Yahya bin Ma'in
berkata :"Imam Malik adalah Amirul mukminin dalam (ilmu) Hadits"
Ayyub bin Suwaid
berkata :"Imam Malik adalah Imam Darul Hijrah (Imam madinah) dan
as-Sunnah ,seorang yang Tsiqah,
seorang yang dapat dipercaya".
Ahmad bin Hanbal berkata:" Jika engkau
melihat seseorang yang membenci imam malik, maka ketahuilah bahwa orang
tersebut adalah ahli bid'ah"
Seseorang bertanya kepada as-Syafi'i :"
apakah anda menemukan seseorang yang (alim) seperti imam malik?"
as-Syafi'i menjawab :"aku mendengar dari orang yang lebih tua dan
lebih berilmu dari pada aku, mereka mengatakan kami tidak menemukan orang yang
(alim) seperti Malik, maka bagaimana kami(orang sekarang) menemui yang seperti
Malik?"
Kitab
Al-Muwaththa
Al-Muwaththa berarti ‘yang disepakati’ atau ‘tunjang’ atau ‘panduan’
yang membahas tentang ilmu dan hukum-hukum agama Islam. Al-Muwaththa merupakan
sebuah kitab yang berisikan hadits-hadits yang dikumpulkan oleh Imam Malik
serta pendapat para sahabat dan ulama-ulama tabiin. Kitab ini lengkap dengan
berbagai problem agama yang merangkum ilmu hadits, ilmu fiqh dan sebagainya.
Semua hadits yang ditulis adalah sahih kerana Imam Malik terkenal dengan sifatnya
yang tegas dalam penerimaan sebuah hadits. Dia sangat berhati-hati ketika
menapis, mengasingkan, dan membahas serta menolak riwayat yang meragukan. Dari
100.000 hadits yang dihafal beliau, hanya 10.000 saja diakui sah dan dari
10.000 hadits itu, hanya 5.000 saja yang disahkan sahih olehnya setelah
diteliti dan dibandingkan dengan al-Quran. Menurut sebuah riwayat, Imam Malik
menghabiskan 40 tahun untuk mengumpul dan menapis hadits-hadits yang diterima
dari guru-gurunya. Imam Syafi pernah berkata, “Tiada sebuah kitab di muka bumi
ini yang lebih banyak mengandungi kebenaran selain dari kitab Al-Muwaththa
karangan Imam Malik.”
inilah karangan para ulama
muaqoddimin
Wafatnya
Sang Imam Darul Hijroh
Imam malik jatuh sakit pada hari
ahad dan menderita sakit selama 22 hari kemudian 10 hari setelah itu ia wafat.
sebagian meriwayatkan imam Malik wafat pada 14 Rabiul awwal 179 H.
sahnun meriwayatkan dari abdullah
bin nafi':" imam malik wafat pada usia 87 tahun" ibn kinanah bin abi
zubair, putranya yahya dan sekretarisnya hubaib yang memandikan jenazah imam
Malik. imam Malik dimakamkan di Baqi'
__________________________________________________________________________________
BIOGRAFI IMAM SYAFI’I
Nama beliau ialah Muhammad bin Idris bin Al-‘Abbas bin ‘Uthman bin Shafi’
bin Al-Saib bin ‘Ubaid bin Yazid bin Hashim bin ‘Abd al-Muttalib bin ’Abd Manaf
bin Ma’n bin Kilab bin Murrah bin Lu’i bin Ghalib bin Fahr bin Malik bin
Al-Nadr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilias bin Al-Nadr bin Nizar
bin Ma’d bin ‘Adnan bin Ud bin Udad. Keturunan beliau bertemu dengan titisan
keturunan Rasulullah s.a.w pada ‘Abd Manaf. Ibunya berasal dari Kabilah Al-Azd,
satu kabilah Yaman yang masyhur.
Penghijrahan ke Palestina
Sebelum beliau dilahirkan, keluarganya telah berpindah ke Palestina kerana
beberapa keperluan dan bapanya terlibat di dalam angkatan tentera yang
ditugaskan untuk mengawal perbatasan Islam di sana.
Kelahiran dan Kehidupannya
Menurut pendapat yang masyhur, beliau dilahirkan di Ghazzah – Palestina pada
tahun 150 Hijrah. Tidak lama sesudah beliau dilahirkan bapanya meninggal dunia.
Tinggallah beliau bersama-sama ibunya sebagai seorang anak yatim. Kehidupan
masa kecilnya dilalui dengan serba kekurangan dan kesulitan.
PENGEMBARAAN IMAM AL-SYAFI’I
Hidup Imam As-Shafi’i (150H – 204H ) merupakan satu siri pengembaraan yang
tersusun di dalam bentuk yang sungguh menarik dan amat berkesan terhadap
pembentukan kriteria ilmiah dan popularitasnya.
Al-Shafi’i di Makkah ( 152H – 164H )
Pengembaraan beliau bermula sejak beliau berumur dua tahun lagi (152H), ketika
itu beliau dibawa oleh ibunya berpindah dari tempat kelahirannya iaitu dari
Ghazzah, Palestina ke Kota Makkah untuk hidup bersama kaum keluarganya di sana.
Di kota Makkah kehidupan beliau tidak tetap kerana beliau dihantar ke
perkampungan Bani Huzail, menurut tradisi bangsa Arab ketika itu bahawa
penghantaran anak-anak muda mereka ke perkampungan tersebut dapat mewarisi
kemahiran bahasa ibunda mereka dari sumber asalnya yang belum lagi terpengaruh
dengan integrasi bahasa-bahasa asing seperti bahasa Parsi dan sebagainya. Satu
perkara lagi adalah supaya pemuda mereka dapat dibekalkan dengan Al-Furusiyyah
(Latihan Perang Berkuda). Kehidupan beliau di peringkat ini mengambil masa dua
belas tahun ( 152 – 164H ).
Sebagai hasil dari usahanya, beliau telah mahir dalam ilmu bahasa dan
sejarah di samping ilmu-ilmu yang berhubung dengan Al-Quran dan Al-Hadith.
Selepas pulang dari perkampungan itu beliau meneruskan usaha pembelajarannya
dengan beberapa mahaguru di Kota Makkah sehingga beliau menjadi terkenal.
Dengan kecerdikan dan kemampuan ilmiahnya beliau telah dapat menarik perhatian
seorang mahagurunya iaitu Muslim bin Khalid Al-Zinji yang mengizinkannya untuk
berfatwa sedangkan umur beliau masih lagi di peringkat remaja iaitu lima belas
tahun.
Al-Shafi’i di Madinah ( 164H – 179H )
Sesudah itu beliau berpindah ke Madinah dan menemui Imam Malik. Beliau
berdamping dengan Imam Malik di samping mempelajari ilmunya sehinggalah Imam
Malik wafat pada tahun 179H, iaitu selama lima belas tahun. Semasa beliau
bersama Imam Malik hubungan beliau dengan ulama-ulama lain yang menetap di kota
itu dan juga yang datang dari luar berjalan dengan baik dan berfaedah. Dari
sini dapatlah difahami bahawa beliau semasa di Madinah telah dapat mewarisi
ilmu bukan saja dari Imam Malik tetapi juga dari ulama-ulama lain yang terkenal
di kota itu.
Al-Shafi’i di Yaman ( 179H – 184H )
Ketika Imam Malik wafat pada tahun 179H, kota Madinah diziarahi oleh Gabenor
Yaman. Beliau telah dicadangkan oleh sebahagian orang-orang Qurasyh Al-Madinah
supaya mencari pekerjaan bagi Al-Shafi’i. Lalu beliau melantiknya menjalankan
satu pekerjaan di wilayah Najran. Sejak itu Al-Shafi’i terus menetap di Yaman
sehingga berlaku pertukaran Gabenor wilayah itu pada tahun 184H. Pada tahun itu
satu fitnah ditimbulkan terhadap diri Al-Shafi’i sehingga beliau dihadapkan ke
hadapan Harun Al-Rashid di Baghdad atas tuduhan Gabenor baru itu yang sering
menerima kecaman Al-Shafi’i kerana kekejaman dan kezalimannya. Tetapi ternyata
bahawa beliau tidak bersalah dan kemudiannya beliau dibebaskan.
Al-Shafi’i di Baghdad ( 184H – 186H )
Peristiwa itu walaupun secara kebetulan, tetapi membawa arti yang amat besar
kepada Al-Shafi’i kerana pertamanya, ia berpeluang menziarahi kota Baghdad yang
terkenal sebagai pusat ilmu pengetahuan dan para ilmuan pada ketika itu.
Keduanya, ia berpeluang bertemu dengan Muhammad bin Al-Hassan Al-Shaibani,
seorang tokoh Mazhab Hanafi dan sahabat karib Imam Abu Hanifah dan lain-lain
tokoh di dalam Mazhab Ahl al-Ra’y. Dengan peristiwa itu terbukalah satu era
baru dalam siri pengembaraan Al-Imam ke kota Baghdad yang dikatakan berlaku
sebanyak tiga kali sebelum beliau berpindah ke Mesir.
Dalam pengembaraan pertama ini Al-Shafi’i tinggal di kota Baghdad sehingga
tahun 186H. Selama masa ini (184 – 186H) beliau sempat membaca kitab-kitab
Mazhab Ahl al-Ra’y dan mempelajarinya, terutamanya hasil tulisan Muhammad bin
Al-Hassan Al-Shaibani, di samping membincanginya di dalam beberapa perdebatan
ilmiah di hadapan Harun Al-Rashid sendiri.
Al-Shafi’i di Makkah ( 186H – 195H )
Pada tahun 186H, Al-Shafi’i pulang ke Makkah membawa bersamanya hasil usahanya
di Yaman dan Iraq dan beliau terus melibatkan dirinya di bidang pengajaran. Dari
sini muncullah satu bintang baru yang berkerdipan di ruang langit Makkah
membawa satu nafas baru di bidang fiqah, satu nafas yang bukan Hijazi, dan
bukan pula Iraqi dan Yamani, tetapi ia adalah gabungan dari ke semua aliran
itu. Sejak itu menurut pendapat setengah ulama, lahirlah satu Mazhab Fiqhi yang
baru yang kemudiannya dikenali dengan Mazhab Al-Shafi’i.
Selama sembilan tahun (186 – 195H) Al-Shafi’i menghabiskan masanya di kota
suci Makkah bersama-sama para ilmuan lainnya, membahas, mengajar, mengkaji di
samping berusaha untuk melahirkan satu intisari dari beberapa aliran dan juga
persoalan yang sering bertentangan yang beliau temui selama masa itu.
Al-Shafi’i di Baghdad ( 195H – 197H )
Dalam tahun 195H, untuk kali keduanya Al-Shafi’i berangkat ke kota Baghdad.
Keberangkatannya kali ini tidak lagi sebagai seorang yang tertuduh, tetapi
sebagai seorang alim Makkah yang sudah mempunyai personalitas dan aliran fiqah
yang tersendiri. Catatan perpindahan kali ini menunjukkan bahawa beliau telah
menetap di negara itu selama dua tahun (195 – 197H).
Di dalam masa yang singkat ini beliau berjaya menyebarkan “Method Usuli”
yang berbeza dari apa yang dikenali pada ketika itu. Penyebaran ini sudah tentu
menimbulkan satu respon dan reaksi yang luarbiasa di kalangan para ilmuan yang
kebanyakannya adalah terpengaruh dengan method Mazhab Hanafi yang disebarkan
oleh tokoh utama Mazhab itu, iaitu Muhammad bin Al-Hasan Al-Shaibani.
Kata Al-Karabisi : “Kami sebelum ini tidak kenal apakah (istilah) Al-Kitab,
Al- Sunnah dan Al-Ijma’, sehinggalah datangnya Al-Shafi’i, beliaulah yang
menerangkan maksud Al-Kitab, Al-Sunnah dan Al-Ijma’”.
Kata Abu Thaur : “Kata Al-Shafi’i : Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menyebut
(di dalam kitab-Nya) mengenai sesuatu maksud yang umum tetapi Ia menghendaki
maksudnya yang khas, dan Ia juga telah menyebut sesuatu maksud yang khas tetapi
Ia menghendaki maksudnya yang umum, dan kami (pada ketika itu) belum lagi
mengetahui perkara-perkara itu, lalu kami tanyakan beliau …”
Pada masa itu juga dikatakan beliau telah menulis kitab usulnya yang pertama
atas permintaan ‘Abdul Rahman bin Mahdi, dan juga beberapa penulisan lain dalam
bidang fiqah dan lain-lain.
Al-Shafi’i di Makkah dan Mesir ( 197H – 204H )
Sesudah dua tahun berada di Baghdad (197H) beliau kembali ke Makkah. Pada tahun
198H, beliau keluar semula ke Baghdad dan tinggal di sana hanya beberapa bulan
sahaja. Pada awal tahun 199H, beliau berangkat ke Mesir dan sampai ke negara
itu dalam tahun itu juga. Di negara baru ini beliau menetap sehingga ke akhir
hayatnya pada tahun 204H.
Imam As-Shafi’i wafat pada tahun 204H. Asas Fiqih dan Ushul Fiqih kemudian
disebar dan diusaha-kembangkan oleh para sahabatnya yang berada di Al-Hijaz,
Iraq dan Mesir.
FATWA-FATWA IMAM AL-SYAFI’I
Perpindahan beliau ke Mesir mengakibatkan satu perubahan besar dalam
Mazhabnya. Kesan perubahan ini melibatkan banyak fatwanya semasa beliau di
Baghdad turut sama berubah. Banyak kandungan kitab-kitab fiqahnya yang beliau
hasilkan di Baghdad disemak semula dan diubah. Dengan ini terdapat dua fatwa
bagi As-Shafi’i, fatwa lama dan fatwa barunya. Fatwa lamanya ialah segala fatwa
yang diucapkan atau ditulisnya semasa beliau berada di Iraq, fatwa barunya
ialah fatwa yang diucapkan atau ditulisnya semasa beliau berada di Mesir.
Kadang-kadang dipanggil fatwa lamanya dengan Mazhabnya yang lama atau Qaul
Qadim dan fatwa barunya dinamakan dengan Mazhab barunya atau Qaul Jadid.
Di sini harus kita fahami bahawa tidak kesemua fatwa barunya menyalahi fatwa
lamanya dan tidak pula kesemua fatwa lamanya dibatalkannya, malahan ada di
antara fatwa barunya yang menyalahi fatwa lamanya dan ada juga yang bersamaan
dengan yang lama. Kata Imam Al-Nawawi : “Sebenarnya sebab dikatakan kesemua
fatwa lamanya itu ditarik kembali dan tidak diamalkannya hanyalah berdasarkan
kepada ghalibnya sahaja”.
PARA SAHABAT IMAM AL-SYAFI’I
Di antara para sahabat Imam Al-Shafi’i yang terkenal di Al-Hijaz (Makkah dan
Al-Madinah) ialah :-
1. Abu Bakar Al-Hamidi, ‘Abdullah bun Al-Zubair Al-Makki yang wafat pada
tahun 219H.
2. Abu Wahid Musa bin ‘Ali Al-Jarud Al-Makki yang banyak menyalin kitab-kitab
Al-Shafi’i. Tidak diketahui tarikh wafatnya.
3. Abu Ishak Ibrahim bin Muhammad bin Al-‘Abbasi bin ‘Uthman bin Shafi
‘Al-Muttalibi yang wafat pada tahun 237H.
4. Abu Bakar Muhammad bin Idris yang tidak diketahui tarikh wafatnya.
Sementara di Iraq pula kita menemui ramai para sahabat Imam Al-Shafi’i yang
terkenal, di antara mereka ialah :-
1. Abu ‘Abdullah Ahmad bin Hanbal, Imam Mazhab yang keempat. Beliau wafat
pada tahun 241H.
2. Abu ‘Ali Al-Hasan bin Muhammad Al-Za’farani yang wafat pada tahun 249H.
3. Abu Thaur Ibrahim bin Khalid Al-Kalbi yang wafat pada tahun 240H.
4. Al-Harith bin Suraij Al-Naqqal, Abu ‘Umar. Beliau wafat pada tahun 236H.
5. Abu ‘Ali Al-Husain bin ‘Ali Al-Karabisi yang wafat pada tahun 245H.
6. Abu ‘Abdul RahmanAhmad bin Yahya Al-Mutakallim. Tidak diketahui tarikh
wafatnya.
7. Abu Zaid ‘Abdul Hamid bin Al-Walid Al-Misri yang wafat pada tahun 211H.
8. Al-Husain Al-Qallas. Tidak diketahui tarikh wafatnya.
9. ‘Abdul ‘Aziz bin Yahya Al-Kannani yang wafat pada tahun 240H.
10. ‘Ali bin ‘Abdullah Al-Mudaiyini.
Di Mesir pula terdapat sebilangan tokoh ulama yang kesemua mereka adalah
sahabat Imam Al-Shafi’i, seperti :-
1. Abu Ibrahim Isma’il bin Yahya bin ‘Amru bin Ishak Al-Mudhani yang wafat
pada tahun 264H.
2. Abu Muhammad Al-Rabi’ bin Sulaiman Al-Muradi yang wafat pada tahun 270H.
3. Abu Ya’kub Yusuf bin Yahya Al-Misri Al-Buwaiti yang wafat pada tahun 232H.
4. Abu Najib Harmalah bin Yahya Al-Tajibi yang wafat pada tahun 243H.
5. Abu Musa Yunus bin ‘Abdul A’la Al-Sadaghi yang wafat pada tahun 264H.
6. Abu ‘Abdullah Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Hakam Al-Misri yang wafat
pada tahun 268H.
7. Al-Rabi’ bin Sulaiman Al-Jizi yang wafat pada tahun 256H.
Dari usaha gigih mereka, Mazhab Al-Shafi’i tersebar dan berkembang luas di
seluruh rantau Islam di zaman-zaman berikutnya.
PERKEMBANGAN MAZHAB IMAM AL-SYAFI’I
Menurut Ibn Al-Subki bahawa Mazhab Al-Shafi’I telah berkembang dan menjalar
pengaruhnya di merata-rata tempat, di kota dan di desa, di seluruh rantau
negara Islam. Pengikut-pengikutnya terdapat di Iraq dan kawasan-kawasan
sekitarnya, di Naisabur, Khurasan, Muru, Syria, Mesir, Yaman, Hijaz, Iran dan
di negara-negara timur lainnya hingga ke India dan sempadan negara China.
Penyebaran yang sebegini meluas setidak-tidaknya membayangkan kepada kita
sejauh mana kewibawaan peribadi Imam Al-Shafi’i sebagai seorang tokoh ulama dan
keunggulan Mazhabnya sebagai satu-satunya aliran fiqah yang mencabar aliran
zamannya.
IMAM AL-SHAFI’I DAN KITABNYA
Permulaan Mazhabnya
Sebenarnya penulisan Imam Al-Shafi’i secara umumnya mempunyai pertalian yang
rapat dengan pembentukan Mazhabnya. Menurut Muhammad Abu Zahrah bahawa
pembentukan Mazhabnya hanya bermula sejak sekembalinya dari kunjungan ke
Baghdad pada tahun 186H. Sebelum itu Al-Shafi’i adalah salah seorang pengikut
Imam Malik yang sering mempertahankan pendapatnya dan juga pendapat fuqaha’
Al-Madinah lainnya dari kecaman dan kritikan fuqaha’ Ahl Al-Ra’y. Sikapnya yang
sebegini meyebabkan beliau terkenal dengan panggilan “Nasir Al-Hadith”.
Detik terawal Mazhabnya bermula apabila beliau membuka tempat pengajarannya
(halqah) di Masjid Al-Haram. Usaha beliau dalam memperkembangkan Mazhabnya itu
bolehlah dibahagikan kepada tiga peringkat :-
1. Peringkat Makkah (186 – 195H)
2. Peringkat Baghdad (195 – 197H)
3. Peringkat Mesir (199 – 204H)
Dalam setiap peringkat diatas beliau mempunyai ramai murid dan para pengikut
yang telah menerima dan menyebar segala pendapat ijtihad dan juga hasil
kajiannya.
Penulisan Pertamanya
Memang agak sulit untuk menentukan apakah kitab pertama yang dihasilkan oleh
Al-Shafi’i dan di mana dan selanjutnya apakah kitab pertama yang dihasilkannya
dalam Ilmu Fiqah dan di mana? Kesulitan ini adalah berpunca dari tidak adanya
keterangan yang jelas mengenai kedua-dua perkara tersebut. Pengembaraannya dari
satu tempat ke satu tempat yang lain dan pulangnya semula ke tempat awalnya
tambah menyulitkan lagi untuk kita menentukan di tempat mana beliau mulakan
usaha penulisannya.
Apa yang kita temui – sesudah kita menyemak beberapa buah kitab lama dan
baru yang menyentuh sejarah hidupnya, hanya beberapa tanda yang menunjukkan
bahawa kitabnya “Al-Risalah” adalah ditulis atas permintaan ‘Abdul Rahman bin
Mahdi, iaitu sebuah kitab di dalam Ilmu Usul, pun keterangan ini tidak juga
menyebut apakah kitab ini merupakan hasil penulisannya yang pertama atau
sebelumnya sudah ada kitab lain yang dihasilkannya. Di samping adanya
pertelingkahan pendapat di kalangan ‘ulama berhubung dengan tempat di mana
beliau menghasilkan penulisan kitabnya itu. Ada pendapat yang mengatakan bahawa
beliau menulisnya sewaktu beliau berada di Makkah dan ada juga pendapat yang
mengatakan bahawa beliau menulisnya ketika berada di Iraq.
Kata Ahmad Muhammad Shakir : “Al-Shafi’I telah mengarang beberapa buah kitab
yang jumlahnya agak besar, sebahagiannya beliau sendiri yang menulisnya, lalu
dibacakannya kepada orang ramai. Sebahagiannya pula beliau merencanakannya
sahaja kepada para sahabatnya. Untuk mengira bilangan kitab-kitabnya itu memanglah
sukar kerana sebahagian besarnya telahpun hilang. Kitab-kitab itu telah
dihasilkan penulisannya ketika beliau berada di Makkah, di Baghdad dan di
Mesir”.
Kalaulah keterangan di atas boleh dipertanggungjawabkan maka dapatlah kita
membuat satu kesimpulan bahawa Al-Shafi’i telah memulakan siri penulisannya
sewaktu beliau di Makkah lagi, dan kemungkinan kitabnya yang pertama yang
dihasilkannya ialah kitab “Al-Risalah”.
Al-Hujjah Dan Kitab-kitab Mazhab Qadim
Di samping “Al-Risalah” terdapat sebuah kitab lagi yang sering disebut-sebut
oleh para ulama sebagai sebuah kitab yang mengandungi fatwa Mazhab Qadimnya
iaitu “Al-Hujjah”. Pun keterangan mengenai kitab ini tidak menunjukkan bahawa
ia adalah kitab pertama yang di tulis di dala bidang Ilmu Fiqah semasa beliau
berada di Iraq, dan masa penulisannya pun tidak begitu jelas. Menurut beberapa
keterangan, beliau menghasilkannya sewaktu beliau berpindah ke negara itu pada
kali keduanya, iaitu di antara tahun-tahun 195 – 197H.
Bersama-sama “Al-Hujjah” itu terdapat beberapa buah kitab lain di dalam Ilmu
Fiqah yang beliau hasilkan sendiri penulisannya atau beliau merencanakannya
kepada para sahabatnya di Iraq, antaranya seperti kitab-kitab berikut :-
1. Al-Amali
2. Majma’ al-Kafi
3. ‘Uyun al-Masa’il
4. Al-Bahr al-Muhit
5. Kitab al-Sunan
6. Kitab al-Taharah
7. Kitab al-Solah
8. Kitab al-Zakah
9. Kitab al-Siam
10. Kitab al-Haj
11. Bitab al-I’tikaf
12. Kitab al-Buyu’
13. Kitab al-Rahn
14. Kitab al-Ijarah
15. Kitab al-Nikah
16. Kitab al-Talaq
17. Kitab al-Sadaq
18. Kitab al-Zihar
19. Kitab al-Ila’
20. Kitab al-Li’an
21. Kitab al-Jirahat
22. Kitab al-Hudud
23. Kitab al-Siyar
24. Kitab al-Qadaya
25. Kitab Qital ahl al-Baghyi
26. Kitab al-‘Itq dan lain-lain
Setengah perawi pula telah menyebut bahwa kitab pertama yang dihasilkan oleh
Al-Shafi’i adalah di dalam bentuk jawaban dan perdebatan, iaitu satu penulisan
yang dituju khas kepada fuqaha’ ahl al-Ra’y sebagai menjawab kecaman-kecaman
mereka terhadap Malik dan fuqaha’ Al-Madinah. Kenyataan mereka ini berdasarkan
kepada riwayat Al-Buwaiti : “Kata Al-Shafi’i : Ashab Al-Hadith (pengikut Imam
Malik) telah berhimpun bersama-sama saya. Mereka telah meminta saya menulis
satu jawaban terhadap kitab Abu Hanifah. Saya menjawab bahawa saya belum lagi
mengetahui pendapat mereka, berilah peluang supaya dapat saya melihat
kitab-kitab mereka. Lantas saya meminta supaya disalinkan kitab-kitab itu.Lalu
disalin kitab-kitab Muhammad bin Al-Hasan untuk (bacaan) saya. Saya membacanya
selama setahun sehingga saya dapat menghafazkan kesemuanya. Kemudian barulah
saya menulis kitab saya di Baghdad.
Kalaulah berdasarkan kepada keterangan di atas, maka kita pertama yang
dihasilkan oleh Al-Shafi’i semasa beliau di Iraq ialah sebuah kitab dalam
bentuk jawaban dan perdebatan, dan cara penulisannya adalah sama dengan cara
penulisan ahl al-Ra’y. Ini juga menunjukkan bahawa masa penulisannya itu lebih
awal dari masa penulisan kitab “Al-Risalah”, iaitu di antara tahun-tahun 184 –
186H.
Metode Penulisan Kitab-Kitab Qadim
Berhubung dengan method penulisan kitab “Al-Hujjah” dan lain-lain belum
dapat kita pastikan dengan yakin kerana sikap asalnya tida kita temui,
kemungkinan masih lagi ada naskah asalnya dan kemungkinan juga ianya sudah
hilang atau rosak dimakan zaman. Walaubagaimanapun ia tidak terkeluar – ini
hanya satu kemungkinan sahaja – dari method penulisan zamannya yang dipengaruhi
dengan aliran pertentangan mazhab-mazhab fuqaha’ di dalam beberapa masalah,
umpamanya pertentangan yang berlaku di antara mazhab beliau dengan Mazhab
Hanafi da juga Mazhab Maliki. Keadaan ini dapat kita lihat dalam penulisan
kitab “Al-Um” yang pada asalnya adalah kumpulan dari beberapa buah kitab Mazhab
Qadimnya. Setiap kitab itu masing-masing membawa tajuknya yang tersendiri,
kemudian kita itu pula dipecahkan kepada bab-bab kecil yang juga mempunyai
tajuk-tajuk yang tersendiri. Di dalam setiap bab ini dimuatkan dengan segala
macam masalah fiqah yang tunduk kepada tajuk besar iaitu tajuk bagi sesuatu
kitab, umpamanya kitab “Al-Taharah”, ia mengandungi tiga puluh tujuh tajuk bab
kecil, kesemua kandungan bab-bab itu ada kaitannya dengan Kitab “Al-Taharah”.
Perawi Mazhab Qadim
Ramai di antara para sahabatnya di Iraq yang meriwayat fatwa qadimnya, di
antara mereka yang termasyhur hanya empat orang sahaja :
1. Abu Thaur, Ibrahim bin Khalid yang wafat pada tahun 240H.
2. Al-Za’farani, Al-Hasan bin Muhammad bin Sabah yang wafat pada tahun 260H.
3. Al-Karabisi, Al-Husain bin ‘Ali bin Yazid, Abu ‘Ali yang wafat pada tahun
245H.
4. Ahmad bin Hanbal yang wafat pada tahun 241H.
Menurut Al-Asnawi, Al-Shafi’i adalah ‘ulama’ pertama yang hasil penulisannya
meliputi banyak bab di dalam Ilmu Fiqah.
Perombakan Semula Kitab-kitab Qadim
Perpindahan beliau ke Mesir pada tahun 199H menyebabkan berlakunya satu
rombakan besar terhadap fatwa lamanya. Perombakan ini adalah berpuncak dari
penemuan beliau dengan dalil-dalil baru yang belum ditemuinya selama ini, atau
kerana beliau mendapati hadis-hadis yang sahih yang tidak sampai ke
pengetahuannya ketika beliau menulis kitab-kitab qadimnya, atau kerana
hadis-hadis itu terbukti sahihnya sewaktu beliau berada di Mesir sesudah
kesahihannya selama ini tidak beliau ketahui. Lalu dengan kerana itu beliau
telah menolak sebahagian besar fatwa lamanya dengan berdasarkan kepada
prinsipnya : “Apabila ditemui sesebuah hadis yang sahih maka itulah Mazhab
saya”.
Di dalam kitab “Manaqib Al-Shafi’i”, Al-Baihaqi telah menyentuh nama
beberapa buah kitab lama (Mazhab Qadim) yang disemak semula oleh Al-Shafi’i dan
diubah sebahagian fatwanya, di antara kitab-kitab itu ialah :-
1. Al-Risalah
2. Kitab al-Siyam
3. Kitab al-Sadaq
4. Kitab al-Hudud
5. Kitab al-Rahn al-Saghir
6. Kitab al-Ijarah
7. Kitab al-Jana’iz
Menurut Al-Baihaqi lagi Al-shafi’i telah menyuruh supaya dibakar kitab-kitab
lamanya yang mana fatwa ijtihadnya telah diubah. Catatan Al-Baihaqi itu
menunjukkan bahawa Al-Shafi’i melarang para sahabatnya meriwayat
pendapat-pendapat lamanya yang ditolak kepada orang ramai. Walaupun begitu kita
masih menemui pendapat-pendapat itu berkecamuk di sana-sini di dalam
kitab-kitab fuqaha’ mazhabnya samada kitab-kitab yang ditulis fuqaha’ yang
terdahulu atau pun fuqaha’ yang terkemudian.
Kemungkinan hal ini berlaku dengan kerana kitab-kitab lamanya yang
diriwayatkan oleh Al-Za’farani, Al-Karabisi dan lain-lain sudah tersebar dengan
luasnya di Iraq dan diketahui umum, terutamanya di kalangan ulama dan mereka
yang menerima pendapat-pendapatnya itu tidak mengetahui larangan beliau itu.
Para fuqaha’ itu bukan sahaja mencatat pendapat-pendapat lamanya di dalam
penulisan mereka, malah menurut Al-Nawawi ada di antara mereka yang berani
mentarjihkan pendapat-pendapat itu apabila mereka mendapatinya disokong oleh
hadis-hadis yang sahih.
Pentarjihan mereka ini tidak pula dianggap menentangi kehendak Al-Shafi’i,
malahan itulah pendapat mazhabnya yang berdasarkan kepada prinsipnya : “Apabila
ditemui sesebuah hadis yang sahih maka itulah mazhab saya”.
Tetapi apabila sesuatu pendapat lamanya itu tidak disokong oleh hadis yang
sahih kita akan menemui dua sikap di kalangan fuqaha’ Mazhab Al-Shafi’i :-
Pertamanya : Pendapat itu harus dipilih dan digunakan oleh seseorang mujtahid
Mazhab Al-Shafi’i atas dasar ia adalah pendapat Al-Shafi’i yang tidak
dimansuhkan olehnya, kerana seseorang mujtahid (seperti Al-Shafi’i) apabila ia
mengeluarkan pendapat barumya yang bercanggah dengan pendapat lamanya tidaklah
bererti bahawa ia telah menarik pendapat pertamanya, bahkan di dalam masalah
itu dianggap mempunyai dua pendapatnya.
Keduanya : Tidak harus ia memilih pendapat lama itu. Inilah pendapat jumhur
fuqaha’ Mazhab Al-Shafi’i kerana pendapat lama dan baru adalah dua pendapatnya
yang bertentangan yang mustahil dapat diselaraskan kedua-duanya.
Kitab-kitab Mazhab Jadid
Di antara kitab-kitab yang beliau hasilkan penulisannya di Mesir atau beliau
merencanakannya kepada para sahabatnya di sana ialah :-
i. Al-Risalah. Kitab ini telah ditulis buat pertama kalinya sebelum beliau
berpindah ke Mesir.
ii. Beberapa buah kitab di dalam hukum-hukum furu’ yang terkandung di dalam
kitab “Al-Um”, seperti :-
a) Di dalam bab Taharah :
1. Kitab al-Wudu’
2. Kitab al-Tayammum
3. Kitab al-Taharah
4. Kitab Masalah al-Mani
5. Kitab al-Haid
B) Di dalam bab Solah :
6. Kitab Istiqbal al-Qiblah
7. Kitab al-Imamah
8. Kitab al-Jum’ah
9. Kitab Solat al-Khauf
10. Kitab Solat al-‘Aidain
11. Kitab al-Khusuf
12. Kitab al-Istisqa’
13. Kitab Solat al-Tatawu’
14. Al-Hukm fi Tarik al-Solah
15. Kitab al-Jana’iz
16. Kitab Ghasl al-Mayyit
c) Di dalam bab Zakat :
17. Kitab al-Zakah
18. Kitab Zakat Mal al-Yatim
19. Kitab Zakat al-Fitr
20. Kitab Fard al-Zakah
21. Kitab Qasm al-Sadaqat
d) Di dalam bab Siyam (Puasa) :
22. Kitab al-Siyam al-Kabir
23. Kitab Saum al-Tatawu’
24. Kitab al-I’tikaf
e) Di dalam bab Haji :
25. Kitab al-Manasik al-Kabir
26. Mukhtasar al-Haj al-Kabir
27. Mukhtasar al-Haj al-Saghir
f) Di dalam bab Mu’amalat :
28. Kitab al-Buyu’
29. Kitab al-Sarf
30. Kitab al-Salam
31. Kitab al-Rahn al-Kabir
32. Kitab al-Rahn al-Saghir
33. Kitab al-Taflis
34. Kitab al-Hajr wa Bulugh al-Saghir
35. Kitab al-Sulh
36. Kitab al-Istihqaq
37. Kitab al-Himalah wa al-Kafalah
38. Kitab al-Himalah wa al-Wakalah wa al-Sharikah
39. Kitab al-Iqrar wa al-Mawahib
40. Kitab al-Iqrar bi al-Hukm al-Zahir
41. Kitab al-Iqrar al-Akh bi Akhihi
42. Kitab al-‘Ariah
43. Kitab al-Ghasb
44. Kitab al-Shaf’ah
g) Di dalam bab Ijarat (Sewa-menyewa) :
45. Kitab al-Ijarah
46. Kitab al-Ausat fi al-Ijarah
47. Kitab al-Kara’ wa al-Ijarat
48. Ikhtilaf al-Ajir wa al-Musta’jir
49. Kitab Kara’ al-Ard
50. Kara’ al-Dawab
51. Kitab al-Muzara’ah
52. Kitab al-Musaqah
53. Kitab al-Qirad
54. Kitab ‘Imarat al-Aradin wa Ihya’ al-Mawat
h) Di dalam bab ‘Ataya (Hadiah-menghadiah) :
55. Kitab al-Mawahib
56. Kitab al-Ahbas
57. Kitab al-‘Umra wa al-Ruqba
i) Di dalam bab Wasaya (Wasiat) :
58. Kitab al-Wasiat li al-Warith
59. Kitab al-Wasaya fi al-‘Itq
60. Kitab Taghyir al-Wasiah
61. Kitab Sadaqat al-Hay’an al-Mayyit
62. Kitab Wasiyat al-Hamil
j) Di dalam bab Faraid dan lain-lain :
63. Kitab al-Mawarith
64. Kitab al-Wadi’ah
65. Kitab al-Luqatah
66. Kitab al-Laqit
k) Di dalam bab Nikah :
67. Kitab al-Ta’rid bi al-Khitbah
68. Kitab Tahrim al-Jam’i
69. Kitab al-Shighar
70. Kitab al-Sadaq
71. Kitab al-Walimah
72. Kitab al-Qism
73. Kitab Ibahat al-Talaq
74. Kitab al-Raj’ah
75. Kitab al-Khulu’ wa al-Nushuz
76. Kitab al-Ila’
77. Kitab al-Zihar
78. Kitab al-Li’an
79. Kitab al-‘Adad
80. Kitab al-Istibra’
81. Kitab al-Rada’
82. Kitab al-Nafaqat
l) Di dalam bab Jirah (Jenayah) :
83. Kitab Jirah al-‘Amd
84. Kitab Jirah al-Khata’ wa al-Diyat
85. Kitab Istidam al-Safinatain
86. Al-Jinayat ‘ala al-Janin
87. Al-Jinayat ‘ala al-Walad
88. Khata’ al-Tabib
89. Jinayat al-Mu’allim
90. Jinayat al-Baitar wa al-Hujjam
91. Kitab al-Qasamah
92. Saul al-Fuhl
m) Di dalam bab Hudud :
93. Kitab al-Hudud
94. Kitab al-Qat’u fi al-Sariqah
95. Qutta’ al-Tariq
96. Sifat al-Nafy
97. Kitab al-Murtad al-Kabir
98. Kitab al-Murtad al-Saghir
99. Al-Hukm fi al-Sahir
100. Kitab Qital ahl al-Baghy
n) Di dalam bab Siar dan Jihad :
101. Kitab al-Jizyah
102. Kitab al-Rad ‘ala Siyar al-Auza’i
103. Kitab al-Rad ‘ala Siyar al-Waqidi
104. Kitab Qital al-Mushrikin
105. Kitab al-Asara wa al-Ghulul
106. Kitab al-Sabq wa al-Ramy
107. Kitab Qasm al-Fai’ wa al-Ghanimah
o) Di dalam bab At’imah (Makan-makanan) :
108. Kitab al-Ta’am wa al-Sharab
109. Kitab al-Dahaya al-Kabir
110. Kitab al-Dahaya al-Saghir
111. Kitab al-Said wa al-Dhabaih
112. Kitab Dhabaih Bani Israil
113. Kitab al-Ashribah
p) Di dalam bab Qadaya (Kehakiman) :
114. Kitab Adab al-Qadi
115. Kitab al-Shahadat
116. Kitab al-Qada’ bi al-Yamin ma’a al-Shahid
117. Kitab al-Da’wa wa al-Bayyinat
118. Kitab al-Aqdiah
119. Kitab al-Aiman wa al-Nudhur
q) Di dalam bab ‘Itq (Pembebasan) dan lain-lain :
120. Kitab al-‘Itq
121. Kitab al-Qur’ah
122. Kitab al-Bahirah wa al-Sa’ibah
123. Kitab al-Wala’ wa al-Half
124. Kitab al-Wala’ al-Saghir
125. Kitab al-Mudabbir
126. Kitab al-Mukatab
127. Kitab ‘Itq Ummahat al-Aulad
128. Kitab al-Shurut
Di samping kitab-kitab di atas ada lagi kitab-kitab lain yang disenaraikan
oleh al-Baihaqi sebagai kitab-kitab usul, tetapi ia juga mengandungi
hukum-hukum furu’, seperti :
1. Kitab Ikhtilaf al-Ahadith
2. Kitab Jima’ al-Ilm
3. Kitab Ibtal al-Istihsan
4. Kitan Ahkam al-Qur’an
5. Kitab Bayan Fard al-Lah, ‘Azza wa Jalla
6. Kitab Sifat al-Amr wa al-Nahy
7. Kitab Ikhtilaf Malik wa al-Shafi’i
8. Kitab Ikhtilaf al-‘Iraqiyin
9. Kitab al-Rad ‘ala Muhammad bin al-Hasan
10. Kitab ‘Ali wa ‘Abdullah
11. Kitab Fada’il Quraysh
Ada sebuah lagi kitab al-Shafi’i yang dihasilkannya dalam Ilmu Fiqah iaitu
“al-Mabsut”. Kitab ini diperkenalkan oleh al-Baihaqi dan beliau menamakannya
dengan “al-Mukhtasar al-Kabir wa al-Manthurat”, tetapi pada pendapat setengah
ulama kemungkinan ia adalah kitab “al-Um”.
sumber: http://islam.blogsome.com/category
http://www.kisah.web.id/tokoh-islam/imam-syafii-ra-150h-%E2%80%93-204h.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar